gambar lucu, gambarlucu, gambar lucu wa, chatan lucu, download video lucu wa

Koleksi Cerita Lucu Melayu Terbaru 2017

Ads By Google

Koleksi Cerita Lucu Melayu – adalah sekumpulan sebuah cerita lucu yang menggunakan bahasa melayu sebagai pengantar. Cerita lucu melayu banyak yang berupa lawakan sangat lucu.

Cerita Lucu Melayu – Jumpa Harta Karun

Ketika mencangkul tanah di belakang rumahnya, Pak Pandir telah menemui harta karun. Dia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Kalau diletak di bawah bantal, takut pula diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya Pak Pandir mendapat idea. Dia menanam wang itu di belakang rumahnya lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar “TIDAK ADA WANG DISINI!”. Ternyata teman Pak Pandir iaitu Si Luncai nampak apa yang dilakukan oleh Pak Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Si Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tersebut. Setelah dia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Si Luncai menggantikan tulisan yang ditulis Pak Pandir dengan ayatnya yang berbunyi, “BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!”

Beberapa cerita lucu melayu terbaru berikut ini dapat anda nikmati sebagai saran hiburan

Cerita Lucu Melayu – Rambut Cantik

Siti: Wah, cantik rambut kau. Buat kat saloon ke?

Maria: Ha’ah… cantik kan?

Siti: Memang cantik sangat. Berapa kau buat?

Maria: Hehe.. RM 150 jer…

Siti: Baik kau beli tudung, lagi murah lagi cantik…

Cerita Lucu Melayu – Melukis Kuda Makan Rumput

Cikgu : “Abu! Lukisan apa yang kau buat nie..? Kosong jer.”
Abu : “Kuda makan rumput, Cikgu.”
Cikgu : “Mana rumputnya?”
Abu : “Kuda dah abis makan, Cikgu.”
Cikgu : “Mana kudanya?”
Abu : “Kuda dah kenyang. Dia dah balik kandang…”

Cerita Lucu Melayu – Kambing Vs Ayam

Satu petang kambing sound direct ayam…

“Apalah ko ni ayam, baju lawa tapi tak pakai selipar…”

Ayam yang bengang lalu menjawab,

“Ko lagi la… janggut panjang alim la konon… seluar tarak pakai… tak malu! tak senonoh…!”

Cerita Lucu Melayu – Pertengkaran

Pak Pandir baru sahaja bertengkar dengan isterinya Mak Andih. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja Mak Andih terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

“Kenapa?” Pak Pandir bertanya.

Mak Andih terhenti sebentar. Dia merenung Pak Pandir itu lalu berkata, “Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini!”

Pak Pandir berpikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian. “Betul juga kata kamu. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut kamu keluar dari rumah ini!”

Cerita Lucu Melayu – Sepak Bola

Isteri: Abang, pasukan mana main hari ni?

Suami: Hari ni tak ada perlawanan lah sayang.

Isteri: Oh! Dah habis ke? Jadi siapa menang?

Suami: Tak habis lagi. Cuma World Cup berehat hari ni.

Isteri: Oooh! Jadi sekarang dah habis separuh masa pertama lah ye?

Suami: (Bosan) Ha’ah.. Sekarang tengah rehat separuh masa pertama.

Isteri: Jadi bila separuh masa ke-2 nak mula?

Suami: (Makin bosan) esok

Isteri: Jadi Messi akan main lah esok ye?

Suami: Pasukan dia dah terkeluar

Isteri: Haa? Pasukan mana lagi tinggal?

Suami: Brazil

Isteri: Pasukan yang ada Neymar tu?

Suami: (gembira) YA!

Isteri: Sekurang-kurangnya kita dapat tengok Neymar main

Suami: Neymar cedera. World Cup ni dah tamat untuk dia

Isteri: Jadi pasukan dia akan bermain dengan kurang pemain ke?

Suami: Tak! Mereka akan gantikan dia dengan orang lain

Isteri: Jadi siapa yang akan ganti?

Suami: (Marah) ABANG TAK TAHU! (diam lama)

Isteri: (Tanpa rasa bersalah) harap mereka akan masukkan Messi ganti Neymar.

Suami: …..??……!!!!

Berjaya Menipu Doktor

Di sebuah hospital sakit mental, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaan. Lalu doktor menghampiri pesakitnya tadi.

DOKTOR: “Apa khabar anjing awak, sedang bawa dia pergi jalan-jalan ye?”
PESAKIT: “Ni selipar lah doktor, bukannya anjing…”
DOKTOR: “Syukurlah kamu dah sembuh.”

Doktor pun meninggalkan pesakitnya itu tadi. Lalu si pesakit tadi berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, “Hahaha… kita berjaya menipu doktor tu kan BLECKY ?

Tragedi Mimpi Pulang ke Kampung

“Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit,” Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin. Usin Tersenyum Memandang Isterinya.

“Cantik Isteri Abang Hari Ni,” Usin Mencubit Pipi Liza Lembut.

“Ayah, Ayah, Cepat La Yah,” Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung.

“Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni.”

Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan Manja.

“Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?”

“Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang Untuk Cuti Panjang.” Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta.

Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza.

“Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung,” Usin Berkata Dalam Hati.

Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut.

Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur.

“Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?” Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya.

“Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks… Cepat Sikit Kita Sampai Kampung Nanti.”

“Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa… Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut.” Liza Cuba Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya.

“Rileks Liza…Tak Ada Apa-Apa,” Usin Terus Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-Was.

“Haaa… Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?” Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas Ekspres Tadi.

“Sudah La Tu Bang.”

“Ha… Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa….”. Usin Terus Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk Memotong Dan…. Di Depannya Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan….. BANG!!

“Usin…. Bangun Sin,” Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia Terlihat Emaknya Di Situ.

“Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi…. Mana Anak-Anak Saya Mak ?” Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya.

Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.

“Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?” Usin Masih Terus Menangis.

PAANNNGGG!!

Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu?

“Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang !” Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu Keluar….

…Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !!

Sekian.

Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun Di Dalam Mimpi

Check Also

15 Perilaku Lucu Hewan Peliharaan Yang Bikin Gemes

50 Foto Hewan LUCU dan Bikin GEMES!!! YouTube from www.youtube.com 1. Meniru Gerakan Pemiliknya Kamu ...

Inilah 10 Orang Yang Terkenal Karena Video Lucu Di Internet

Bunda Corla Terkenal Karena Apa? Inilah 5 Fakta Menarik Ratu Jreng yang from www.jatimnetwork.com Pendahuluan ...